Wednesday, November 21, 2012

Prepare Warranty Claims



MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI TUNTUTAN JAMINAN

-       Sesetengah barangan elektronik termasuklah komputer mempunyai jaminan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat pengeluar.
-       Jadi, jika salah satu komponen barangan itu rosak dalam jangka masa jaminannya, kita boleh menukar komponen tersebut.
-       Hakikatnya, tidak semua jaminan boleh diterima oleh pihak pengeluar barangan tersebut.
-       Terdapat sesetengah barangan yang rosak adalah disebabkan oleh kecuaian dan penggunaan pembeli sendiri.
-       Sebagai pengguna ataupun pembeli haruslah mengetahui mengenai prosedur atau syarat-syarat yang membolehkan komponen tersebut menerima jaminan.
-       Perkara pertama apabila pengguna ingin membuat tuntutan jaminan adalah kita harus mengetahui mengetahui mengenai prosedur jaminan supaya kita tidak tertipu oleh pengeluar tersebut.
-       Barangan ingin diminta tukar adalah barangan yang mengalami kerosakan dalam jangka masa jaminannya.
-       Syarat-syarat yang dikenakan oleh pengeluar perlu diketahui supaya pengguna hanya akan meminta jaminan apabila barangan tersebut rosak adalah disebabkan kecuaian pengeluar yang mengeluarkan barangan tersebut dan bukannya atas kesilapan pengguna.
-       Jaminan tidak akan dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan.
-       Antara kerosakan yang tidak  dibolehkan meminta tuntutan jaminan adalah seperti  disambar petir, terkena air, pelekat jaminan yang ditanggalkan, barangan tersebut jatuh dan pecah, terkena api, kerosakan akibat bencana alam, ubah suai barangan yang asal, dan lain-lain.

-       Beberapa dokumen perlu di sertakan apabila membuat tuntutan jaminan adalah seperti bukti pembelian, barangan belian yang lengkap, dan ‘warranty form’ (surat waranti).
-       Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangi jaminan tersebut mempunyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya jaminan itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan.
 

JENIS-JENIS WARRANTY

-       Local Warranty =1-3 tahun jaminan.

-       International Warranty =3-5 tahun (bergantung kepada jenis barangan tersebut).

 

MENGENALPASTI JENIS TUNTUTAN JAMINAN

-       Bagi tiap-tiap tuntutan jaminan, tertakluk kepada barangan dan pengeluar dan ia mempunyai jangkamasa tuntutan yang terhad.

-       Ada sesetengah barangan yang mempunyai jangkamasa tuntutan yang begitu lama.

No comments:

Post a Comment