1. Menyelenggara Lesen Perisian.
a. Tiap-tiap perisian mempunyai lesennya tersendiri
- contohnya perisian syarikat seperti microsoft
b. Boleh dikatakan kesemua perisian mempunyai lesennya sendiri mengikut prosedur syarikat
c. Terdapat juga syarikat yang hanya memberikan perisiannya secara percuma, contohnya seperti Linux dan Star Office
d. Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak dicetak rompak berbanding dengan perisian yang percuma kerana lesen perisian tersebut mahal.
e. Bagi perisian yang mempunyai lesen , untuk memasang ( instal ) sesuatu perisian, contohnya Microsoft Windows , kita mestilah mempunyai lesen yang sah supaya kita tidak dikenakan tindakan undang-undang.
f. Sehingga kini, masih banyak syarikat-syarikat dan juga individu yang menggunakan perisian yang dicetak rompak oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
g. Bagi mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian kita perlulah mengenalpasti dahulu mengenai perisian tersebut dan jenis lesen yang ingin digunakan.
h. Setelah itu ,kita perlulah mengetahui perbezaan antara lesen-lesen perisian yang ada.
i. Lesen-lesen yang terdapat dipasaran mempunyai jenis-jenis yang berbeza. Jadi kita perlu mengenalpasti jenis-jenis lesen apakah yang perlu untuk sesebuah syarikat atau individu.
j. Selalunya ada 2 jenis lesen yang dikeluarkan iaitu Open License dan Single License
k. Bagi lesen-lesen untuk sesebuah syarikat pula terdapat jenis-jenis lesen seperti Educational License, Corparate License dan Business License.
l. Open License ialah satu lesen perisian yang mana bagi sesebuah CD mempunyai ramai pengguna ( user ). Contohnya, 1 CD mempunyai 10 atau 100 user. Lesen jenis ini memudahkan bagi memantau penggunaan perisian tersebut. Lesen jenis ini selalunya digunakan di cawangan sesebuah syarikat.
m. Single License pula adalah satu lesen yang terhad kepada seorang user sahaja. Jika kita memerlukan 10 lesen untuk pengguna, kita terpaksa mendapatkan 10 CD yang berlainan. Ini akan menyukar pemantauan penggunaan perisian tersebut. Lesen jenis ini lebih ditujukan oleh pengguna persendirian / individu.
No comments:
Post a Comment